Monday, June 18, 2012

AKU DAN MEREKA

Assalammualaikum buat rakan2 pembaca sekalian...hummm....agak lama jgk aku tak menulis kat blog ni...agak berhabuk skit....(bukan habuk jer, sawang pon menempek skali da..).... last aku menulis (tak tau la aku nak ckp,menulis ke apa) pasal handbag yang aku jual... buat masa ni aku da brenti jual2 beg ni...bukan malas ke apa ker, sbb dah kene "warning" ngan doktor supaya jgn sibuk sampai tak rehat... benda ni terjadi masa lepas chinese new year yang lalu.... masa aku balik dari kerja n ngah driving, tetiba tangan n kaki aku jadi kejang....nafas jd tercungap2.....masa tu aku igt nak mati jer...bayangkan tgh drive jadi mcm tu.... aku mengucap dan berdoa, klu Allah nak ambil nyawa aku biarlah dalam keadaan yg selamat tanpa perlu membahayakan pengguna jalan raya yg lain.... (untuk pengetahuan semua, masa tu dah sebulan lebih aku tak amik sebarang makanan berkarbohidrat tinggi...maksudnya aku tak makan nasi ler)...so, dlm masa 10 minit tu aku bertarung utk menggerakkan kaki dan tangan aku ni sambil aku mengucap dua kalimah shahadat... nasib baik jln umah aku tu straight jer..klu berliku2 , aku tak tau nak tukar gear tu mcmna (aku bawak kete manual..)... lepas tu tetiba je tangan dan kaki aku automatik bergerak seperti biasa..tanpa membuang masa, terus aku park kat klinik R. DAYA kat serdang nih..  doktor ni interview aku bagai nak rak..dan kesimpulannya adalah, aku dlm keadaan kepenatan dan stress...tak sempat rehat... (sbb aku br balik bercuti dari lumut dgn family, pastu driving dari taiping ---> ipoh...pastu hangkut kotak2 almari dari ground floor ke tingkat 3)...so, doktor tu sempat la nasihat kat aku supaya merelakskan diri.... panjang gila cerita aku nih..penghabisannya, dr bagi ubat spy aku dpt relaks dan tido ngan tenang...


apa yang membuatkan aku tergerak hati nak menulis di blog semula adalah kerana.. beberapa minggu/ bulan ni aku amat gemar melihat tingkah laku manusia di sekeliling aku...kemudian aku membuat penilaian aku sendiri.... 'kenapa dia buat begitu?'...' sanggup dia buat mcm tu'...dan banyak lagi soalan yg bermain di minda aku nih....mcm2 perkara aku pikirkan....apa yg buleh aku simpulkan sepanjang pemerhatian aku terhadap tingkah laku manusia ni, sebenarnya tanpa kita sedar semakin kehilangan adab sopan, displin dan peri manusia kita terhadap orang lain....aku bercakap begini bukan shj utk mengikatkan rakan2 tetapi utk aku jg spy kita jgn bunuh sifat kemanusiaan dan keperihatinan kita terhadap manusia lain....begitu jg dengan sifat displin , menghormati orang lain juga kerana aku perhatikan, kita melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan kita tidak ubah seperti manusia tidak bertamadun....dan kita anggap benda tersebut tidak salah malah kita berbangga dengan melakukannnya.... serius bebeno aku kan ??.... tp inilah hakikatnya...cuba kita pandang dan igt apa kesalahan adab dan kesopanan yang telah kita lakukan...contohnya aku..aku telah berkata 'bodoh' kepada pemandu yang tetiba menukar lorong dengan tetiba semasa aku sedang memandu di highway LDP,.... pemandu itu mmg telah melakukan kesalahan, tp kita tak sepatutnya meluahkan perasaan tersebut dengan perkataan yg tidak seharusnya keluar dari mulut seorang perempuan, tambahan pula muslimah... Jd ingatan pada diriku dan rakan2 juga, jika mereka melakukan kesalahan pada anda, biarkan shj ...jgn buatkan sesuatu yg membuatkan kita sama seperti mereka  


-wallahualam-
p/s - maaf, ada bahasa yang telah bercampur aduk..tp aku hanya nak sampaikan secara santai supaya yang membaca akan lebih memahami dan mendalami seterusnya tersimpan di dalam kotak memori buat selamanya

No comments:

Post a Comment