Wednesday, November 3, 2010

LAMANYA!!!

salam...

hai semua, lama sungguh dah tak menulis kat blog ni...last tahun 2009..sekarang da nak masuk 2011 . Kerja?...macam biasa..tak la sesibuk mana..tapi ada musimnya..saya akan mula sibuk bila bermulanya sesi baru...Kalau staf lain sibuk di kala semester sedang berjalan, saya pula sibuk di kala cuti semester bermula. Manakan tidak, ketika itula kerja-kerja pembersihan studio-studio akan dilaksanakan.

Saya kini telah memulakan fasa baru dalam hidup..hmm...bukan perkahwinan..tetapi menyambung pelajaran di peringkat pegawai UPM. Setiap hari isnin sehingga jumaat , dari 5 ptg sehingga 7 malam manakala hari sabtu pula dari pukul 8pg hingga 6petang masa banyak di habiskan di bilik-bilik kuliah. Keletihan tidak dapat digambarkan. Tapi demi masa depan, saya gagahkan juga . Walaupun demam, tapi semangat untuk belajar lebih tinggi dari itu. Ditambah pula di kelilingi oleh rakan-rakan yang sangat ceria dan saling memberikan sokongan yang tidak terhingga, rasa letih terus sahaja hilang.

Saya berharap agar semangat untuk ke kelas tidak akan pudar sampai bila-bila..

No comments:

Post a Comment