Monday, December 20, 2010

Cerita PaSAL waYaNG

Salam,

Aku nak mulakan dengan sambungan post aku yang terdahulu..kisah aku tengok wayang 2 kali dalam seminggu..kali ni aku nak ceritakan kesudahan cerita aku tuh..

selepas jer waktu opis berlalu, aku gerak dari opis terus ke panggung..Mmg la rasa lonely sgt sbb tgk wayang sorang-sorang..tapi takpe la..atleast buleh la concerntrate..kononnya..Bila lampu di pintu tu da menyala, aku pun tanpa membuang masa pergila ke arah pintu tu..Mamat kat kaunter tu senyum n bertanya," akak sorang jer ker?"..yang aku rasa nak marah tu bukan pasal dia tanya aku sorang ke tak, tapi dia leh panggil aku kakak..hhuhuhu..tua sgt ker aku ni...

aku pon menjawabla kat mamat ni..." tak aih, ada kat belakang tu, klu tak nampak maksudnya.....?..pikir sendiri la yer.."hakhakhakha...kesian mamat tu terkebil-kebil dengar jawapan aku tuh....takpe la dik, ambikla masa nak pikir jawapannya...

so aku pun dah berada di dalam panggung...dah nama g tgk cite kartun, dah sure2 la kanak2 ramai. aku berharap la yg kanak2 ni tak mengganggu semasa perjalanan cite ni nanti..Tapi baru 5 minit cerita bermula, dah mcm2 bunyi aku dgr..yang aku tak leh blah tu, ada yang bawak baby..kecik sgt kut..maybe dalam usia 3 bulan..aku bukan apa, kesian kat baby tuh. silap2 haribulan buleh pekak pendengarannya..dah la koklea dia masih lembut n hanya boleh menerima bunyi yg sedikit, mak bapak dia yg bengong tu bleh bawak dia g tgk wayang..mmg tak blaja sivik nyer mak bapak..orang malam2 buta jangan bawak anak kecik kluar...banyak syaitan2 dan iblis suka ngan budak2 kecik ni..aku igt lagi masa adik aku baby dulu, mak mmg tak berani nak bawak adik keluar even kat beranda sekali pun pada waktu malam apatah lagi nk bawak g tgk wayang..isk isk isk

so, 1st time tgk tangled: rapunzel aku kurang berpuas hati sbb banyak gangguan yg datang..aku cadangkan pada mak bapak yg suka membawa anak2 ke panggung wayang..bawak la anak yg dah boleh paham jalan ceritanya..klu setakat nak buat bising dalam panggung baik tak payah..
2nd time aku tgk rapunzel adalah bersama adik2 aku yg 2 orang tuh..ktorg tgk kat Taiping Sentral..Kali ni ternyata aku berpuas hati sbb kebanyakan orang yg menonton tu membawa anak2 yang rata-rata usia minima 5 tahun. So, budak tu da bleh duk diam2 la bila tgk wayang tuh.

Cerita mengenai Harry Potter plak, mcm yg aku cerita sebelom ni, aku tak la follow sangat cerita ni..tapi aku rasa xcited jgk sbb ni adalah penghujung filem yang diadaptasi dari novel yang mengambil nama dari judul yang sama.

No comments:

Post a Comment