Tuesday, December 21, 2010

MAKAN...MAKAN....DAN MAKAN....







Minggu ni adalah minggu "KAYA" untuk aku n housemates-housemates aku....hahaha..kenapa aku tulis begitu ya??...ia kerana sepanjang 2 hari ni kami asyik menikmati makanan yang mahal-mahal tapi sedap..yang penting tu sedap..

Untuk pengetahuan anda semua, aku ni jenis yang kaki makan..Apa sahaja yang halal, unik dan sedap, aku akan cari untuk aku cuba..contohnya, pada hari isnin yang lalu, aku dan housemates2 aku buat kerja gila dengan merantau sejauh hampir 30 km ke arah Gombak semata-mata hanya ingin mencari menu korea yang pernah keluar di mingguan metro...Sebenarnya ia adalah idea gile aku yang sebenarnya sudah jelak dengan makanan-makanan biasa yang terdapat di kawasan aku tu..Steamboat da merasa, goreng2 dah biasa...so, demi mencari kelainan dalam menu harian aku, aku ada terbaca la satu artikel berkenaan tentang menu sihat dari korea..aku memang ingin sangat mencuba makanan korea. Selalu sahaja melihat di kaca televisyen sampai aku boleh meleleh air liur.Sedang aku terbaca akan artikel tersebut, tiba2 rasa ingin mencuba.

Apabila aku tiba sahaja di Balakong, semasa opis hour dah aku berangan nak makan makanan korea ni. Aku kemudiannya menghantar pesanan ringkas kepada 2 orang housemates aku tuh menyatakan hasrat untuk mencuba makanan korea tu..Alhamdulillah, mereka setuju untuk menemani aku ke Gombak untuk mencari restoran tersebut. Aku menanti kedua-dua sahabat aku ni di perkarangan rumah dan aku memandu sendiri ke lokasi tersebut..

Sangkaan aku mungkin aku tahu lokasi nya..tapi ia salah kerana pencarian pada waktu siang adalah berbeza berbanding dengan pencarian di waktu malam. Setelah berpusing-pusing di kawasan Sri Gombak selama hampir 1 jam, akhirnya aku mengambil keputusan untuk bertanya kepada staf di Kedai Seven Eleven. Nasib baik la derang ni tahu restoran tu kat mana, kalau tak mesti kami semua makan di Restoran KFC sahaja.

Alhmdulillah, akhirnya kami sampai jgk kat restoran tuh..Apa yang aku boleh kata ialah, makannannya yang sedap especially kimchinyer...suasana restoran yg tenang(munkin masa kami datang tu takde orang)...interior design yg ceria....tahniah kepada pemiliknya..

Keesokan harinya, kami makan pula di restoran kenny rogers di mines shopping fair..Apa yang aku buleh katakan ialah hidangan dan servis yang diberikan adalah di tahap yang kurang memuaskan. Mengapa aku katakan begitu?..antaranya adalah:

a) meja lambat di bersihkan
b) kain pengelap yg digunakan berbau
c) services lambat
d) ayam yang diberikan berada dalam keadaan kering dan gravy yang diletakkan sedikit

So, klu la ada kawan-kawan yg bekerja di restoran ni, boleh la ambil komen2 ini sebagai sesuatu perubahan yang perlu dilakukan. Saye ada memdengar rungutan dari rakan2 lain yang mengatakan servis yang di berikan agak lambat walaupun telah beberapa kali di komen oleh pelanggan.... diharap pada sesiapa yang bekerja atau mengenali sesiapa yang bekerja di restoran ini harap boleh la menyampaikan komen ini untuk kebaikan kita bersama..

So adalah beberapa gambar untuk tatapan pembaca sekalian..

sekian....

No comments:

Post a Comment